TIM ITMC

Sample image

AKSES & SUKSES :)

YOU ARE HERE:

INSAFF TRAINING MANAGEMENT & CONSULTANCY [ ITMC ]

IMPRESIF IMPAK ITMC

"Bebaskan INSPIRASI DIRI, bantu diri & organisasi anda dengan pendekatan yang sedang digunakan, individu sukses : Neuro Semantik & Neuro Linguistik Programming"

BERIKAN KAMI PELUANG UNTUK MEMBANTU ANDA.


Kami sampaikan teknologi ilmu terkini, berkongsi kek manis pelajaran, dengan The Power of Inspiration.


APA KATA PESERTA :

  • Saya rasa Best! Minda saya terbuka. Siti Nur Hajar Shamsol, KUIS.
  • Program kendalian beliau memberikan inspirasi dan kata-kata beliau cukup menyedarkan diri saya. Aktiviti yang beliau lakukan memberikan keseronokan dan mempunyai mesej yang mendalam. Siti Aisyah Adnan, MRSM Balik Pulau.
  • Well done! This course help me to seek out solutions and be a problem solver instead just accepting the failure. Siti Masturah Abdul Shukor, UPSI
  • Find the true my self, who am i, what does people think about me and how to make people think we ‘like that’ Mohammad Ishak Togimin, Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat, KUIS.
  • Encik Firdaus Arshad adalah motivator terbaik pernah saya temui. Cara beliau menyampaikan motivasinya amat santai, tetapi memberi impak yang besar kepada jiwa saya. Setiap bait bicaranya terasa menyerap ke dalam jiwa yang gersang dengan ilmu kepimpinan. Saya mahu menjadi pemimpin yang terbaik kepada diri dan masyarakat. Noor Atiqah Mohd Halil Lail, Maahad Pontian.

Perkhidmatan pemindahan kemahiran diberikan kepada saudara, institusi pendidikan mahupun organisasi pekerjaan, melibatkan INSPIRASI DIRI, kepimpinan, komunikasi, latihan, pembelajaran, softskills dengan pendekatan yang dimahukan oleh individu berjaya iaitu Neuro Semantik dan Neuro Lingistic Programming.

Testimoni video ( klik ) salah satu program "hot"
ITMC
:


1.
Universiti Teknologi Malaysia - What people are saying.


2. Testimoni Speak to Inspire di UTM


3. Tuan Kamal Aiman - Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM, Skudai, Johor.

ITMC sentiasa memberi iMPACT yang lebih kepada tuan/puan.

Sebahagian Senarai Klien :

  1. MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang.
  2. Tenaga Nasional Berhad, Melaka
  3. Radio Televisyen Malaysia, Angkasapuri, KL.
  4. Kertih Terminals Sdn. Bhd
  5. CIMB Islamic Bank.
  6. Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI, Tg Malim.
  7. Univeriti Teknologi Mara, UTM, Johor.
  8. Universiti Kuala Lumpur, MITEC, Pasir Gudang.
  9. Universiti Tun Hussein On Malaysia, UTHM
  10. Jabatan Pendidikan Johor, PPD KulaiJaya, Johor.
  11. Jabatan Agama Islam Negeri Pahang Darul Makmur.
  12. Kolej Universiti Islam Selangor Darul Ehsan, FSTM.
  13. Halaqah Usrah Ibu, Masjid Cenderawasih, Kuantan.
  14. Maahad Tahfiz Pontian, Johor.
  15. Maahad Tahfiz Darul Ulum Al Basriyyah, Kuantan.
  16. Maahad Tahfiz Taman Mawar, MITT, Pasir Gudang.
  17. Politeknik Merlimau Melaka,PMM
  18. Politeknik Ibrahim Sultan, Johor.
  19. Politeknik Ungku Omar, Perak.
  20. Masjid Taman Air Biru, Johor.
  21. Surau Al Barakah, Taman Mawar
  22. Surau Al Bararah Cahaya Masai.
  23. Taska Anakku AZ, Johor.
  24. An-Nur Syifa' Centre, Kuala Terengganu.
  25. Sekolah Menengah Agama Parit Raja, BP.

Guru-guru pemberi inspirasi.

Firdaus Arshad sebagai jurubimbing yang bertanggungjawab atas  kepercayaan  tuan / puan, menjemput saudara, melihat sendiri proses keilmuan  dan pemindahan kemahiran-kemahiran baru dari jurubimbing profesional kepada peserta.

TENTU SAUDARA MAHU TAHU,

iMPACT adalah pati utama dan asas kepada keseluruhan modul program. Ia adalah jantung yang berdenyut dalam setiap latihan yang kami kendalikan.

Kita mulakan sekarang,  latihan penegasan positif kepada diri saudara, rasakan dari hati ini, I'M MAKING POSITIVE ACTION TODAY. Bagaimana kepercayaan pada diri dapat ditingkatkan dan bilakah kali terakhir latihan yang memberi saudara pilihan untuk bertindak hasil kemahuan diri sendiri, seterusnya mengikuti latihan kami ?

YA, iMPACT INI KHUSUS UNTUK SAUDARA.

Kami laksanakan latihan untuk mereka yang berada dalam organisasi dan institusi saudara. Sebaik - baik latihan adalah latihan yang memberi kesan yang ketara dan setingkat lebih tinggi dalam hidup mereka setiap hari!

YA, iMPACT INI KHUSUS UNTUK SAUDARA.

Kami bantu saudara dengan pengisian untuk memberi inspirasi kepada ibu-bapa, suami-isteri, adik-beradik, keluarga terdekat dan rakan-rakan agar dapat merangsang potensi mereka  sehingga mereka berkata; Terima kasih saudara, terima kasih Allah atas nikmat inspirasi ini.

YA, iMPACT INI KHUSUS UNTUK SEMUA.

Kami kongsikan program ini untuk serendah - rendah umur yang boleh membezakan baik dan buruk, hingga setinggi-tinggi umur yang sentiasa ingin belajar menambah nilai diri hingga dekat dengan rasa syukur dan cinta kepada Tuhan.

YA, iMPACT INI KHUSUS UNTUK SEMUA.

Saya yakin dan percaya, setelah 4 jam peserta mengikuti program dari modul-modul terbaik iMPACT ia membantu meningkatkan kemahiran yang diperlukan dengan pengalaman dan sedikit ilmu yang mahu dikongsikan ini, jika tidak, saya memberi jaminan untuk memulangkan kembali wang yang diberikan.

Pasti anda terkejut dengan keyakinan tinggi ini. Dengan izin Allah dan usaha yang terbaik, saya 100% ingin terus membantu ramai individu mendapatkan manfaat dari sesi yang dikendalikan Firdaus Arshad.

Justeru itu, kami amat yakin dan komited dengan perkongsian ilmu dan dengarkan, kesungguhan peserta belajar ''download other people's software" ke dalam minda mereka secara sedar. Proses ini membuatkan pendekatan ITMC unik. Kami komited mendorong peserta melakukan dorongan  dan tindakan yang dimahukan ke satu tahap yang lebih tinggi dengan kemahiran yang dirasai, fikir dan diaplikasikan sendiri secara praktikal.

Usah terpengaruh dahulu dengan kata - kata ini, bacalah testimoni peserta kami dan fikir-fikirkan kata mereka.

Pendekatan Neuro Linguistic Programming :  ITMC menggunakan pendekatan NLP yang memfokuskan solusi dan membantu peserta memahami berkenaan diri, minda, dan bahasa yang memberi kesan kepada tindakan. ITMC berkongsi dengan peserta, bagaimana mereka boleh mendapatkan kemahuan yang mereka inginkan dengan mendorong diri mereka melakukan dorongan positif, amat diyakini membantu membentuk peluang dan nafas baru untuk menggandakan prestasi diri dan organisasi secara optimum.

Sekilas makna NLP yang anda mahu dan perlu tahu,

Neuro : Daerah yang kita fikirkan mengawal bahasa, persepsi, komunikasi dan tindakan di dalam otak. Minda adalah akses pertama untuk memproses 100 billion neuron dengan purata kasar menghasilkan 100 trillion hubungan di antara satu dengan lain. Hanya 134 kb persaat maklumat yang masuk ke dalam minda, dari berjuta bit maklumat persaat. Semua maklumat yang keluar mengalami proses penapisan dari sistem penapisan yang telah sedia ada dalam diri dikenali dengan VAKOG.

Linguistic : Merujuk kepada perkataan, dan bagaimana kita terkesan dan memberi makna kepada perkataan yang kita dengar dan sebut. Bagaimanakah minda anda menafsir jawapan bagi 3 kenyataan di bawah :

i  : Kereta itu telah bersentuhan antara satu sama lain.

ii : Kereta itu telah berlanggar antara satu sama lain.

iii: Kereta itu telah meremukkan antara satu sama lain.

Realitinya, betapa teruk kereta itu kemek dan calar, anda sebenarnya mampu untuk mewarnakan kereta tersebut malah membayangkan jenis kereta itu di minda hasil 'programming' anda sendiri.

Programming : Minda ada kod-kod tertentu untuk diaktifkan. Ia adalah tindakan tersusun dengan pengalaman yang diberikan untuk memberi solusi kepada situasi yang dialami diri atau melaksanakan tugas seperti menghilangkan virus ( toksik minda ) dengan memuat turun perisian - perisian baru  ( nutrisi minda ) ke dalam otak melalui teknik tertentu yang di amalkan oleh jurubimbing NLP. Ia adalah berkenaan tindakan yang kita lakukan. Pengalaman ini bakal anda perolehi dalam latihan ITMC.

Pendekatan Neuro Semantik : ITMC menggunakan pendekatan Neuro Semantik, seni untuk menggandakan prestasi diri kerana hidup adalah makna yang diberikan oleh diri sendiri. ITMC membantu membangunkan kecerdasan emosi dan menyuntik kepercayaan berkenaan nilai terbaik yang anda inginkan untuk sentiasa kelihatan ceria, rasa tenang dan dihargai semua orang.

Pendekatan Interaktif, dalam latihan ITMC, kami membantu pengaliran maklumat lancar secara dua hala dari jurubimbing dan peserta. Manfaatnya peserta dapat mengaplikasikan secara terus dalam masa yang sebenar kecekapan bertindak dan kemahiran yang baru dipelajari.

Tuan / puan mahu program latihan iaitu proses pemindahan ilmu pengetahuan secara berdisiplin dan sistematik, bagi menambah pengetahuan dan kemahiran yang memenuhi keperluan dan tuntutan semasa dalam organisasi.

Tuan / puan mahu program pembangunan diri untuk meningkatkan kemahiran, kebolehan dan kerjaya peserta yang boleh dicapai dengan mempraktikkan pengetahuan dan pendedahan kepada pelbagai idea melalui kursus latihan ITMC.

Tuan / puan mahu program pembelajaran iaitu proses dorongan diri hasil daripada pengalaman kepada tindakan melalui kaedah-kaedah dan keupayaan peserta menganalisis nilai dan kriteria yang dibincangkan dalam program kami.

ITMC percaya,  apabila anda mendapati diri, berada di kursus ITMC, mendengar pengisian ITMC, anda sedang mendapati seluruh minda dan jasad, gembira melompat-lompat tinggi mahukan input dan pengisian berkualiti lagi dan lagi, tidak hairanlah, mata juga bercahaya - cahaya jelas. Konsultan ITMC dipercayai dan diyakini meningkatkan komitmen dahsyat diri, dan menggandakan prestasi kemuncak organisasi yang berminat mendapatkan modul - modul iMPACT.

ITMC yakin, anda berminat, membangunkan kemahiran insaniah (softskills) yang baru.  Justeru, tuan dan puan pasti jatuh hati, berkenaan pendekatan kami yang memberikan iMPACT diperlukan kepada hati setiap peserta yang bertakung kolam jernih keikhlasan.

Bersama kita mulakan sekarang. Anda mahu program berkualiti. Mungkin anda tertanya - tanya apakah yang menyebabkan program ITMC menjadi pilihan?

Maka, ITMC boleh menyenaraikan berjela-jela panjang lembaran putih kapas, A4 untuk menyatakan manfaat program, dan bagaimana peserta yang HADIR beroleh pelajaran yang baru, tetapi hanya yang melihat, mendengar dan merasai pengalaman bersama konsultan ITMC, tahu keberkesanan program ini.

APA KATA PESERTA :

  • Tahniah! Syabas atas program yang dikendalikan dengan jayanya dan sangat hebat. Program ini program yang bagus dan perlu diikuti semua. Ustazah Jumatun Jamaluddin, Jabatan Agama Islam Pahang ( JAIP ).
  • Hebat dan Luar biasa! Aisyah Mardihah Kamil, UPSI.
  • Terima kasih kerana mengadakan program ini, ia membuatkan saya bertambah semangat untuk menjadi lebih beramanah, tanggungjawab dan disiplin untuk masa hadapan. InsyaAllah. Nur Diyana Salleh, Maahad Pontian.
  • Bukti program ini terbaik ialah setiap apa yang disampaikan oleh Encik Firdaus Arshad dapat saya rasai dan ingin mengamalkannya. You do the best, and i get it.NorHazlina Harun, UPSI

SAYA BERMINAT DENGAN PROGRAM ITMC ( VIDEO )

ITMC seronok untuk berkongsi. Bersedia untuk melihat kegembiraan peserta kami sebelum ini :

1.Firdaus Arshad LIVE SP1M ( SIARAN LANGSUNG )

2.Bina Pasukan Prestasi Tinggi - ( TNB ) Organisasi

3.iMPACT INSPIRASI DIRI di MRSM

4.iMPACT KEMANISAN IMAN di SELURUH SEKOLAH PPD KULAI


BERSAMA ITMC GAGAHKAN DIRI & BANTU ORANG LAIN


FAST ACTION = FAST RESULT

Kami menjemput saudara menghubungi ITMC.

Tuan dan puan, kini menyedari, bagaimana mudahnya mengambil keputusan yang bijak, keputusan yang memberi manfaat kepada pelbagai pihak yang inginkan INSPIRASI DIRI.

Kita bersama-sama menyedari potensi bagaimana kursus ITMC, dengan izin dan kurniaNya memenuhi keperluan anda.

Semasa nafas ini dihirup, anda sedang melihat masa depan yang cerah, dan kami amat menghargai pilihan program yang bakal dilakukan.

Penuhi segala kemahuan yang diperlukan dan hasilkan kejayaan yang diidam-idamkan untuk mereka yang memerlukan bantuan.

Semakin memBERI, semakin DAHSYAT :)


Gandakan iMPACT. Optimumkan Usaha.
----------------------------------------------------------

Like fan page kami sekarang bagi mendapatkan INSPIRASI TERKINI yang PENTING dalam HIDUP SETIAP HARI.
Klik like InSaff Training Management & Consultancy.

--------------------------------------------------------


 

TAULIAH & PENGIKTIRAFAN

  • 7 FAEDAH UTAMA

  • KEPAKARAN

Sample image

ITMC TV CHANNEL

LIKE ITMC

SUBSCRIBE FIRDAUS ARSHAD

Who's Online

We have 63 guests online

UNDIAN

IMPAK UTAMA ITMC KEPADA ANDA