YOU ARE HERE:

IMPACTFUL LEARNING - PELAJAR SUKSES

E-mail Print PDF

ITMC kuat berpengalaman menyuntik unsur Neuro Semantik dan NLP dalam pendidikan. Program ini adalah jalan pintas yang telah dikenalpasti membantu pengajaran dan pembelajaran guru/pensyarah dan selari dengan sistem pendidikan Malaysia yang ingin memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang disepadukan dan harmonis dari sudut intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Kami berazam dengan segala kudrat dan dokongan yang diberikan oleh anda untuk mengikat pelajar kepada keimanan kepada Allah. Matlamat pendidikan ITMC ialah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan sepadu supaya kejelasan fitrah diri manusia terpelihara.

Oleh kerana ITMC sememangnya berbeza dari sudut penyampaian, pendekatan unik kami untuk menguasai pemikiran para pelajar ialah dengan mengenal pasti kesediaan pelajar untuk sukses dalam pelajaran melalui persoalan :

  1. Persekitaran : Bagaimana  suasana persekitaran para pelajar di institusi, sejajar dengan tujuan pembelajaran dan identiti yang mahu dijayakan oleh institusi tersebut ?
  2. Tindakan : Apakah tindakan yang mahu dibentuk dari sistem pengajaran sedia ada dan bagaimanakah tindakan tersebut selari dengan tujuan pendidikan dan target institusi?
  3. Keupayaan : Apakah keupayaan pelajar dan bagaimana mereka mahu dibangunkan dapat dilihat dalam program ITMC.
  4. Kepercayaan dan Nilai : Dimanakah kepercayaan mereka tentang kejayaan dalam pelajaran dan nilai-nilai yang dipegang oleh pelajar untuk berjaya?
  5. Identiti : Siapakah pelajar ?
  6. Tujuan pelajaran : Apakah tujuan pelajaran tertinggi pelajar ?


Program ITMC sehari untuk pelajar sukses :

1. Inspirasi Diri | Kuasai Studi - Keluarkan Potensi - Kemahiran NS-NLP


Inspirasi Diri dilaksanakan, untuk semua pelajar yang suka belajar dan audit diri, dengan kuasai studi, keluarkan potensi gabungan kemahiran NS-NLP mampu meninggalkan legasi nama yang harum mewangi, diingati seluruh penduduk langit dan bumi - Firdaus Arshad

Program ini direncanakan sepanjang tahun dengan penekanan kepada konsep apa yang pelajar mahu sebenarnya adalah dari apa yang mereka fikir sedalamnya.

Kami mudahkan satu persatu, langkah-langkah sukses untuk berjaya dalam subjek pelajaran yang mereka ambil. Semua pelajar, memerlukan Inspirasi Diri.

Sebahagian ekstrak pelajaran yang mereka dapat dalam program Inspirasi Diri ialah :

  • Mental Warrior
  • Kuasa bahasa positif dengan berkata apa yang pelajar mahu untuk jadi, bukan apa yang mereka tidak mahu. Contoh : Saya tidak mahu gagal dalam subjek Matematik Tambahan, sebaliknya kami tekankan dengan kata - kata yang memandu mereka untuk lebih memberi keyakinan dengan ''Saya mahu sukses Matematik Tambahan. Yes!''.
  • Rahsia gaya belajar mereka didedahkan satu persatu di hadapan mereka, dan ITMC dapat membayangkan mereka terkejut dengan pendedahan yang amat membantu mereka untuk lebih komitmen menghadapi peperiksaan.
  • Pendekatan ITMC menggunakan situasi realiti dengan menanam keyakinan atau 'anchoring' dengan sumber-sumber kinestetik dalam sesi latihan membantu membentuk tindakan baru yang positif.
  • Mengurus masa 24 jam sehari sebagai langkah-langkah sukses pelajaran.
  • Teknik fleksibel untuk membina hubungan dengan guru agar mudah untuk bertanya soalan-soalan bagi mereka yang sentiasa 'faham' apabila diajukan soalan.
  • Memperkenalkan kepada mereka kepada hukum Law of Repetition untuk diamalkan.


2. Speak to Inspire :)

Ramai pelajar / mahasiswa/i yang ingin bercakap namun segan dan tidak berani mengambil langkah seterusnya untuk bercakap di hadapan ramai orang. Kemahiran berkomunikasi ini dikuatkuasakan oleh 4 elemen utama.

  1. Pembentang
  2. Isi Pembentangan
  3. Audien
  4. Gaya Pembentangan

Bagi memberikan pembentangan yang persuasif, beberapa pola perkataan boleh ditekankan sewaktu membentangkan sesuatu fakta seperti contoh, Saya kagum! Dengan tindakan saudara yang berani bersuara. Perkataan tersebut ringkas dan padat namun memberikan impak yang mendalam terhadap penerima perkataan tersebut.

Keyakinan diri meningkat melalui persediaan yang baik dari pembentang seterunsya bahasa badan yang ditonjolkan dan jeda suara yang dilontarkan.

Program ini membina watak pembentang berpengaruh yang dapat berkomunikasi secara impresif seperti seseorang yang anda sedang fikirkan saat ini.

3. iMPACT Kemanisan Iman

Program ini telah mencatat sejarah tersendiri kerana dalam satu masa yang sama seluruh pelajar dari Daerah Kulai, Johor kerjasama Unit Pendidikan Islam, PPD Kulai Jaya telah berkumpul dan mengikuti program yang dibangunkan khas untuk memantapkan sahsiah pelajar.

Sebahagian ekstrak pelajaran dalam ImpACT Kemanisan Iman ini ialah :

  • Go Cheng - Go Solat
  • Survivor Iman
  • Dirikan Malam
  • Panji Kemenangan
  • Kuasa Doa
  • Hargai Diri - Sayangi Ibu Bapa

Program yang telah dilaporkan dalam Sinar Harian pada 1 Ogos 2011 dalam ruangan satu muka penuh pendidikan. Program yang kaya dengan mendorong diri untuk membina integriti dan meraih redha ALLAH SWT dengan pendekatan luar biasa dahsyat dan berbeza.



ITMC ImpACTful Learning - Pelajar Sukses di Suratkhabar : 1 0gos 2011






 

LIKE ITMC

SUBSCRIBE FIRDAUS ARSHAD