YOU ARE HERE:

ImpACT Motivational Talk

E-mail Print PDF

:: Serlahkan Potensi Saya. Sekarang ! ::

Sewaktu tim ITMC melakukan eksplorasi di Gua Tempurung, Perak Darul Ridzuan, ditemani oleh renjer. Beliau menerangkan pepasir yang dilihat di dalam gua ini serta staktit dan stalagmit yang kukuh berdiri itu mempunyai nilai yang tinggi walaupun tidak kelihatan menggiurkan.

Sebenarnya lagi, pepasir yang dilihat itu mempunyai bijih besi dan nilainya amat mahal, stalaktit dan stalagmit yang dilihat itu jika dilihat oleh pakar pengukir marmar, boleh dibayangkan mencecah ribuan malah jutaan ringgit.

Dahsyat! Apabila dilihat dari kaca mata berbeza, semuanya begitu bernilai. Namun, ia adalah warisan yang perlu dijaga rapi.

Bagaimana pula dengan batu berlian ?

Ramai orang menyukai , batu berlian, terbayang bentuknya yang tajam dan berkilat-kilat apabila cahaya putih menyinari bentuknya.

Kebanyakan berlian dilombong di dalam perut bumi atau paip gunung berapi yang berasal dari kedalaman, 150 km di mana suhu dan tekanan yang sesuai untuk pembentukan berlian.

Berlian juga adalah mineral yang paling keras dan terbaik pada kelasnya. Tetapi, jika tidak dicari dan dibiarkan tersembunyi ia tidak bernilai.

Bagaimana pula dengan manusia ?

Manusia mempunyai potensi kerana dikurniakan minda yang dapat menafsir baik dan buruk. Manusia juga dapat mengukur tahap kekuatan dan kelemahan diri apabila potensi dicungkil keluar. Manusia juga telah di'pasang - siap' dengan komponen yang sama. Justeru, kemilau sinarnya tidak dapat dilihat jika tidak dicanai dengan baik.

Tahukah tuan dan puan ?

Dalam otak kita mempunyai 100 billion neuron yang secara kasarnya menghasilkan 100 trillion hubungan di antara satu sama lain.

Maka, sudah tiba masa ITMC membawa program ini sebagai sumber Inspirasi untuk ImpACT Diri menjadi berNILAI, di HORMATI, di HARGAI.

Program ini memberi dorongan MOTIVASI yang TINGGI kepada semua lapisan masyarakat, dari serendah - rendah umur hingga setinggi - tinggi umur, lelaki mahupun perempuan, Melayu, Cina, India semuanya mendapat manfaat berkenaan keupayaan diri.

Antara poster yang dibuat oleh mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris iaitu Cikpuan Nurul Faizah berkenaan program ImpACT Motivational Talk di UPSI.



 

LIKE ITMC

SUBSCRIBE FIRDAUS ARSHAD