YOU ARE HERE:

ImpACT Kerjaya & Mahasiswa

E-mail Print PDF

BAGAIMANA UNTUK MEMPENGARUHI BAKAL MAJIKAN?

Sehebat - hebat keupayaan prestasi anda di kuliah - kuliah di pengajian tinggi awam dan swasta, juga lebih bagus apabila keupayaan kemahiran insaniah ( soft skills ) dipertajamkan untuk mendepani cabaran dan proses mendapatkan kerja.

Kita bersetuju, dunia kampus dan dunia bekerja amat berbeza walaupun ada titik persamaan yang sedikit, seperti marikh dan bumi yang jauh namun masih mengelilingi matahari.

Program ini dibentuk untuk mahasiwa mengenal pasti keboleh pasaran mereka dalam kerja. Saban tahun, ramai mahasasiwa / i yang telah bergraduasi namun tidak dapat mencari kerja yang tepat dengan ijazah, diploma, sijil yang dimiliki.

Mahasiwa perlu melengkapkan diri dengan ilmu, kemahiran dan sikap yang betul untuk meningkatkan kebolehpasaran dan peluang mendapat pekerjaan.

Justeru itu, dalam pasaran dunia kerja yang penuh daya saing sekarang, dengan memiliki dan menyerlahkan daya pasaran sebenar dan kelebihan diri, anda akan lebih menyerlah.

Program ini adalah solusi yang membantu, menangani situasi yang dibimbangkan itu. Di akhir program, peserta belajar dan berupaya untuk:

1. Aplikasi teknik memasarkan diri.

2. Kenal nilai dan kompetensi diri.

3. Keyakinan menjawab temuduga

4. Inventori minat

5. Menulis resume memikat


 

LIKE ITMC

SUBSCRIBE FIRDAUS ARSHAD