YOU ARE HERE:

Firdaus Arshad : Jurubimbing Utama

E-mail Print PDF


PROFIL 
Firdaus Arshad adalah jurubimbing profesional yang meleburkan dirinya khusus untuk membantu segenap lapisan masyarakat dalam bidang pembangunan diri dan organisasi. Beliau merupakan Jurubimbing Utama di InSaff Training Management & Consultancy ( rakan strategik Kemahiran Insaniah anda ).


KELAYAKAN PROFESIONAL

Kepercayaan mengendalikan latihan secara profesional diberikan kepada beliau melalui pengiktirafan Certified Competent Trainer dari Perbadanan Sumber Manusia Berhad. ( PSMB ) Memegang siri TTT/3999.

Pihak Pertubuhan Perunding Latihan Motivasi Muslim Malaysia ( TAMRIN ) juga mengiktiraf beliau sebagai mana yang anda dapat saksikan di muka hadapan, laman web ( ruangan gambar ). Pengiktirafan dan amanah untuk ummah disampaikan sendiri dari tangan ke tangan oleh tokoh yang dihormati negara, Ybhg. Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzillah Kamsah selaku penasihat tetap.

Pihak International Society of Neuro Semantics ( ISNS ), beribu pejabat di Clifton, Amerika Syarikat juga mengiktiraf beliau sebagai pengamal Neuro Semantik, pengamal Neuro Linguistic Programming dan pengamal Hypnotherapy-Time Lines .

Kini sedang mendapatkan Master Practitioner dalam pengiktirafan Professional Learning Facilitator dari pengasas International NLP Master Learning Facilitator dan NLP Master Coach ( Take - Charge System )

Pengalaman beliau berbakti di sebuah anak syarikat petroleum milik negara tercinta yang menguruskan reka bentuk pelantar minyak melalui kerjasama erat pelbagai tenaga pakar kejuruteraan dari Malaysia, Perancis, Jepun, Filipina dan Indonesia amat membantu klien beliau menggandakan kemahiran insaniah sekaligus meningkatkan ketampanan sosial dan fizikal yang dimahukan semua orang.

Pengkhususan kepakaran beliau diterjemahkan melalui kendalian program yang merangsang tindakan klien untuk perubahan yang lebih baik dari modul-modul popular iMPACT :)

ITMC programs IMProve you to ACT! = ImpACT!

Sekarang ataupun selepas ini, rasakan pengalaman unik dan kesan maksima apabila anda hadir ke program kendalian beliau melalui pendekatan bersepadu, gabungan ilmu Neuro Semantik dan Neuro Linguistic Programming dalam sesi latihan kendalian beliau.

Modul yang dikendalikan :

  • ImpACTful Leader, ( Pengaruh & Pemimpin)
  • ImpACTful Company ( Pengurus & Pekerja )
  • ImpACTful Educator  ( Pendidik Profesional )
  • ImpACTful Learning  ( Pelajar Pintar )
  • ImpACT UP! your Team,
  • ImpACT UP! your Parenting,
  • ImpACT UP! your Profits
  • ImpACT Hebat di Pejabat,
  • ImpACT Career Skills,
  • ImpACT Motivational Talk,
  • ImpACT Coaching,
  • ImpACT Seminar.

Sebahagian lagi tajuk program kendalian Firdaus Arshad ialah :

  • Highly Effective Teachers - Kemahiran memahami 'bahasa sebenar pelajar' dan pendedahan teknik impresif NLP sewaktu mengajar.

Kaedah memahami para pelajar dengan potensi yang ada pada guru, wujudkan rasa tenang diri di sekolah. Terbukti berkesan kepada para guru dengan NS-NLP. Saya adalah salah seorang pengamalnya.


PELAJAR MITHALI

Firdaus Arshad terlibat di dalam bidang pembangunan diri dan organisasi kerana ingin meneruskan perkongsian berkualiti dan memaknakan Anugerah Pelajar Mithali  yang dianugerahkan semasa perhimpunan, bertarikh 6 Ogos 1999 sewaktu masih di bangku sekolah sebagai pengawas.
Kini, bertahun-tahun berlalu, menerima anugerah pada Sambutan Maulidur Rasul 1420H ini amat berat untuk dipikul kerana ia membawa mesej yang amat dalam untuk saya berbakti kepada ummah. Saya ingin terus berkongsi ilmu berkualiti dan menepati syariat bagi menghargai jasa ibu bapa dan pendidik yang telah membimbing saya menjadi Firdaus Arshad :)


PENGALAMAN PROFESIONAL

Hingga kini, pelbagai syarikat, organisasi, pendidik,  mahasiswa, ibu bapa, pelajar telah mendapat sentuhan latihan dari beliau. Organisasi seperti Tenaga Nasional Berhad, dalam salah satu sesi latihan, seorang peserta dewasa memberikan pandangan kepada beliau sebagai seorang trainer yang baik dan berharap beliau satu hari nanti boleh menjadi seperti Dr. Fadzillah Kamsah. Sekarang, beliau berada dalam kepimpinan Pertubuhan Perunding Latihan Motivasi Muslim Malaysia ( TAMRIN ) sesi 2012 - 2014 sebagai Exco Keahlian. TAMRIN diterajui oleh Tuan Presiden Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad dan Dato’ Dr. Haji Fadzillah Kamsah sebagai Penasihat Tetap.

PENAMPILAN MEDIA

Kemunculan beliau sebagai tetamu jemputan dalam siaran langsung Selamat Pagi 1 Malaysia dalam rancangan Nadi Seri Pagi memberi satu lagi ruang yang besar untuk beliau terus memberi iMPACT kepada masyarakat dengan kandungan pengisian membangunkan masyarakat Malaysia, membina budaya dan tamadun negara.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekiranya anda mahu mengetahui lebih lanjut maklumat program, pohon emailkan kepada firconsultant@gmail.com segera.

Saya bantu memberikan maklumat lengkap program dengan diskusi dan rekomendasi agar menjadi rujukan pihak anda untuk dilaksanakan seperti yang dimahukan;)

 

Comments   

 
+1 #11 nor aisyah 2012-11-11 10:55
program akhi merupakan program yang terbaik dengan adanya pengisian yang padat dengan ilmu pengetahuan... :D
Quote
 
 
+1 #10 nurul tasnim 2012-11-10 08:13
Alhamdulillah..
kem yg bnyak mmberi impak baru pada sye..
teruskan usaha ya akhi .. :-)
Quote
 
 
+1 #9 nadia 2012-11-09 20:42
assalamualaikum akhi.....
selepas mengikuti program ITMC,byk prubahan tlah berlaku kpd shbt2 saya...

segala ilmu kepimpinan yg diperolehi akn saya gunakan utk membantu shbat2 yg lain...insyaallah...
program ITMC memang terbaik.... :-)
Quote
 
 
+1 #8 nadia 2012-11-09 20:36
assalamualaikum akhi....
program tersebut telah banyak memberikan pengajaran dan kesedaran kpd saya dan sahabat2 yg menyertai...

nmpak perubahan pada diri shbt2 dan ilmu kepimpinan yg diperolehi akn kami gunakan utk membantu sahabat2 yg lain...insyaall ah..
:-)
Quote
 
 
+2 #7 syuhada 2012-08-17 09:26
assalamualaikum akh daus :-) .. selamat hari raya...teruskan perjuangan anda..sy sgt suke cara abg daus sampaikan..tk mengantuk, happy, rasa sentiasa nk dgr je :D
Quote
 
 
+2 #6 Cikpuan Radhiah 2012-08-04 12:39
Alhamdulillah.. .slps mgikuti progm ITMC sye mrasekan ade 1 ksedran tntg mnjd seorg pemimpin yang terbaek..InsyaAllah...

nmpk perubahn pd dri shbt2 yg telah ikuti program yg dianjurkan.. InsyaAllah ...syukran kpd Tuan Firdaus Arshad krn sudi brsme2 kami dan myedarkan kami ape e2 istilah PEMIMPIN yg sbnar...skireny e kte mnolong AGAME ALLAH nscye ALLAH akn mnolong kte..insyaALLAH ...Ape2 pon program yang djalankan mmg brksan dan yg pling TERBAEK.. insyaALLAH.. :lol: :-) :D :roll:
Quote
 
 
+3 #5 norhakim 2012-08-01 10:11
Assalamualaikum ...program yang mantop n pengisian yang menyentuh jiwa...teringin nak sertai lagi...
moga sukses akhi
Quote
 
 
+6 #4 NOR AISHAH MOHD KHIR 2012-07-31 22:54
tahniah,program ini banyak memberi ilmu kpd diri saya,
walaupun org lain tidak nampak,tapi saya rasa sendiri perubahan itu,
Quote
 
 
+5 #3 masitah 2012-07-31 22:33
syabas...ITMC.. . :-)
pengisian yang bersesuaian dan dan berkesan...
c u soon!! 8) .
Quote
 
 
+5 #2 haliza 2012-07-31 20:09
selamat maju jaya akhi dan keluarga..moga ilmu yang di sampaikan menjadi bekalan d hari sana...terima kasih di atas ilmu yang di berikan...
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh

TAULIAH & PENGIKTIRAFAN

Sample image

Statistics

Members : 27214
Content : 71
Web Links : 6
Content View Hits : 102404

LIKE ITMC

SUBSCRIBE FIRDAUS ARSHAD