YOU ARE HERE:

PSMB MALAYSIA

E-mail Print PDF

Firdaus Arshad juga adalah kompeten trainer di bawah Master Trainer Mr. Timothy Law sewaktu Train the Trainer dengan siri TTT/3999. Ujian penyampaian dilakukan dengan disaksikan hampir 20 orang trainer yang berpengalaman pelbagai bidang. Menariknya, beliau antara yang termuda dan kompeten!

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD


Dalam usaha untuk mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020, penekanan yang lebih hendaklah diberikan kepada latihan semula dan peningkatan kemahiran tenaga kerja. Ini adalah perlu bukan sahaja untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para pekerja tetapi juga untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran yang khusus dan terkini sejajar dengan teknik-teknik pengeluaran yang semakin berautomasi dan persaingan perniagaan yang sengit. Latihan semula dan peningkatan kemahiran juga adalah sangat mustahak bagi meningkatkan mutu tenaga kerja supaya ianya serba boleh dan cepat menyesuaikan diri seiring dengan perubahan teknologi dan persekitaran perniagaan.

Sehubungan dengan itu, Akta Pembangunan Sumber Manusia, 1992 berkuatkuasa mulai Januari 1993 telah mewujudkan Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (KWPSM) yang dikawalselia oleh Majlis Pembangunan Sumber Manusia (MPSM). Selaras dengan pengkorporatan MPSM melalui Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad, 2001, MPSM kini dikenali sebagai Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

 

LIKE ITMC

SUBSCRIBE FIRDAUS ARSHAD