YOU ARE HERE:

IMPACTFUL LEADER - SAYA PEMIMPIN

E-mail Print PDF



Program ini disusun kemas, untuk melahirkan pemimpin KARISMATIK dengan membantu institusi pendidikan mencapai misi dan visi institusi tersebut dengan melahirkan produk PEMIMPIN yang kukuh jati diri.

Berhenti sebentar, ambil nafas yang panjang serta dalam dan mula berfikir, solusi kepada persoalan ini :

Apakah yang berlaku di institusi pendidikan tuan / puan hari ini ?

Bagaimanakah situasi itu boleh ditambah baik ?

Saban hari, tugasan guru dan para pensyarah semakin mencabar, maka PEMIMPIN di kalangan pelajar dan mahasiswa diyakini dapat menghulurkan tangan, idea dan tenaga membantu situasi tersebut.

Program ini dibentuk untuk mencanai mereka sedemikian rupa dengan dikuatkuasakan penuh dengan teknik Neuro Semantik dan Neuro Linguistic Programming melalui kemahiran dan praktikal yang kaya dengan tindakan yang perlu dilakukan selepas program berakhir.

Pasti tuan / puan terkejut dengan IMPACT SUKSES yang didapati dari peserta kerana program ini dibentuk melalui 2 fasa utama untuk kumpulan-kumpulan kecil.

Sinopsis Program Fasa Teras ( 3h 2m)

  • Peserta dibimbing untuk mengaplikasikan makna KOMITMEN DIRI
  • Peserta  disengat dengan dorongan diri untuk menghasilkan manfaat kepada komuniti seperti LEBAH.
  • Hapuskan jurang komunikasi antara ahli pasukan dengan paten - paten NLP.
  • Hargai diri, bantu diri untuk membantu orang lain.

Sinopsis Program Fasa Intensif ( 3h 2m)

  • Pemimpin No.1
  • Mengurus Pasukan dengan Mengurus Hati
  • Kecemerlangan Sahsiah, Keunggulan Karisma
  • Bina Pasukan, Kukuhkan Organisasi
  • Akademik Mantapkan Kepimpinan

Program ini juga diadakan untuk bilangan peserta yang ramai dengan minima 130 orang untuk sehari.

Pendekatan untuk memindahkan kemahiran kepimpinan ini dilakukan melalui 3 cara utama :

  1. Beritahu
  2. Perlihatkan
  3. Lakukan

ITMC yakin dengan konsep setiap individu adalah pemimpin, walaupun tidak diberikan amanah rasmi sebagai Ketua Organisasi, hanya sekadar ahli biasa ( pelajar / mahasiswa/i ). Justeru konsep itu menyatakan secara tersirat, setiap bahu kita diamanahkan dengan amanah untuk memimpin, maka bagi memberikan lebih ruang kepada umum untuk disedarkan kepentingan memimpin, ITMC hadirkan program sehari yang padat dengan aktiviti menarik ini.

Sinopsis Program Sehari ( 830 am - 4.00 pm )

  • Saya Pemimpin - Teknik Afirmasi
  • Circle of Excellence - Teknik Yakin Diri
  • Me to We - Teknik InSaff ( dalam pasukan )
  • Act and Impact - Teknik Dorongan Memimpin
  • Cara Belajar Pemimpin ImpACT - Teknik Belajar untuk yang 'Sibuk Memimpin'

Di akhir kesemua program kepimpinan yang disediakan, peserta belajar dan mampu untuk :

  1. Gunakan amanah yang diberikan dengan sehabis daya upaya baik.
  2. Fokus gaya kepimpinan syariatik.
  3. Bina pasukan dengan kerjasama konkrit untuk membantu institusi.
  4. Aplikasi kepentingan iltizam diri.
  5. Amal tindakan baik dan dijadikan rutin seharian dengan dorongan keras diri dan rakan-rakan.

Berikut disertakan testimoni pelajar yang sedang diinspirasikan dari modul program ITMC yang sarat dengan nilai dan kriteria terbaik seorang pemimpin yang diidam-idamkan oleh semua orang.

Perbezaan ketara yang mampu memberikan SENYUMAN CERIA kepada ibu-bapa dan insitusi yang berminat.



 

LIKE ITMC

SUBSCRIBE FIRDAUS ARSHAD