YOU ARE HERE:

IMPACTFUL MANAGER & SUPERVISOR

E-mail Print PDF

Program sehari untuk organisasi yang mahu menggandakan pembangunan peribadi pekerja serta, melonjakkan prestasi syarikat dengan dorongan IMPACT SUKSES dikuatkuasakan dengan penggunaan Neuro Semantik dan Neuro Linguistik Programming.

1. Hebat di Pejabat

Program yang membongkar kehebatan diri setiap individu di pejabat dengan paten - paten Neuro Semantik dan Neuro Linguistik Programming.

Program profilling dengan 4 karektor penting seluruh ahli organisasi untuk dikenalpasti oleh pengurusan organisasi bagi memacu syarikat untuk lebih berdaya saing.

Kini setiap ahli organisasi boleh mengambil satu langkah ke hadapan dengan memaksimumkan kehebatan diri masing - masing dengan kesedaran yang tinggi berkenaan amalan dari niat yang tertinggi.

Sebahagian perkara untuk peserta pelajari dari program Hebat di Pejabat :

  • Bagaimana untuk berada di Zon ImpACT ( dorong diri sukses dan bertindak segera )
  • Akses diri untuk berada di lapisan semangat bekerja yang tertinggi.
  • Langkah dengan kaki sendiri untuk SCORE Hebat di Pejabat ( praktikal seorang demi seorang )
  • Hubungkan maklumat yang dipelajari untuk diamalkan di pejabat


2. Heart Management

Program yang berupaya untuk memberikan kelazatan dalam membentuk karektor positif. Pendekatan yang penuh dengan doa dan terapi diri. Apa yang dilihat, itu yang anda dapat adalah kunci kepada hati yang positif. Program ini memandu kembali para peserta untuk merasai kepentingan ibadah dan kaitannya dengan pekerjaan secara impresif.

Sebahagian perkara untuk peserta pelajari dari program Heart Management :

  • Hapuskan keputusan yang telah dibuat awal dalam kehidupan yang menyekat diri untuk maju kehadapan
  • Buangkan sifat emosi yang negatif, belajar melihat, menyebut, merasai perkara positif  dan diamalkan.
  • Bangunkan sifat bertanggungjawab dalam setiap apa yang dikata, sebut dan dilihat
  • Hargai rakan - rakan lain dengan teknik Light Effect.

Program ini dibangunkan dengan memaknakan pengaruh yang dimainkan oleh setiap individu dalam organisasi.

  • Reprogram memori lama, cari niat yang terbaik.
  • Kecilkan Naga Berapi dalam diri

Hari ini anda membuka peluang yang baru untuk membuka lembaran baru dalam kehidupan organisasi. Satu perkara yang amat menarik dan boleh menyentuh hati anda melalui pengalaman baru kursus yang anda boleh bayangkan hasil suksesnya.

Perkara yang anda lakukan selepas ini, menyatakan bagaimana anda mahu melihat masa hadapan yang lebih cerah dalam organisasi sekarang.


 

LIKE ITMC

SUBSCRIBE FIRDAUS ARSHAD