YOU ARE HERE:

IMPACTFUL EDUCATOR - PENDIDIK SUKSES

E-mail Print PDF

Pendidik menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah individu dengan kerjanya mengajar, membantu, mengetuai sesuatu. Benar, sungguh mulia, pengorbanan golongan pendidik dalam merencanakan masa hadapan yang terbaik untuk anak didik. Bukan sedikit tanggungjawab yang mereka pikul untuk memandaikan bangsa. Kami bertekad membantu.

Di ITMC, kami percaya,berdasarkan pengalaman kami berjumpa dan bersinergi dengan ribuan pelajar dan mahasiswa/i, kita berada dalam jalur yang sama, bernafas dalam jeda panjang waktu yang selari. Justeru itu, kami menawarkan perkongsian ilmu melalui pendekatan terbaik Neuro Semantik dan Neuro Linguistik Programming dalam bidang kemahiran insaniah (soft skills) untuk Pendidik Sukses.

Program khusus untuk pendidik ini memberi paradigma baru untuk memberi roh pengajaran dengan lebih impresif.


1. Kemahiran Mendidik NS-NLP

Program yang berkesan untuk memantapkan cara pengajaran dengan menekankan aspek representasi nilai pelajar dan pendidik.

Sebahagian ekstrak pelajaran dari kursus Kemahiran Mendidik NS-NLP [ Pensyarah & Guru ]

  • Prinsip - prinsip utama NS - NLP
  • Matching dan Mirroring
  • Pace dan Lead
  • Kue Akses Mata

Program ini mampu membawa keluar para guru dan pensyarah dari teknik pengajaran yang sedia ada kepada teknik pengajaran baru yang lebih relaks dan mudah untuk diamalkan. Kemampuan untuk memahami pelajar dengan berkesan dan cara penyampaian yang fleksibel adalah ilmu baru yang anda boleh pelajari dalam kursus ini.

* Dapatkan kertas kerja untuk pencerahan lanjut


2. Speak to Inspire Pendidik

Program ini adalah perkongsian strategi komunikasi untuk memberi pelajar/mahasiswa lebih minat dan lebih fokus sewaktu proses perkongsian ilmu dilakukan.

Program ini mengupas sistem genius pada pelajar untuk diaplikasikan oleh pendidik.

Sebahagian ekstrak pelajaran kursus :

  • Personaliti Pendidik
  • Tsunami Kata - kata
  • Teknik Memuji Impresif

* Dapatkan kertas kerja untuk pencerahan lanjut


3. Budaya Pendidik Cemerlang

Program untuk meningkatkan pengetahuan, menimbulkan kesedaran ke arah cara bertindak yang lebih baik.

Sebahagian ekstrak pelajaran dari kursus Budaya Kerja Cemerlang :

  • Kemas kini prinsip SATFa Diri
  • Dapatkan kawalan masa dan hidup anda
  • Belajar meraih ketampanan sosial dan fizikal
  • Peningkatan kemahiran dan kompetensi pendidik
  • Perkongsian kefahaman  dan nilai

Paten-paten untuk Budaya Kerja Cemerlang yang anda belajar secara praktikal ialah :

  • Estim Diri
  • WFO

Permainan berkonsep untuk kursus ini ialah :

  • XoX Juara
  • MagiX
  • Filharmonik Orkestra
  • AY Racing

* Dapatkan kertas kerja untuk pencerahan lanjut

 

LIKE ITMC

SUBSCRIBE FIRDAUS ARSHAD